2025年7月6日星期日

🌸Harta Tersembunyi Seberang Perai: Meneroka Dunia Komuniti Hakka

Bayangkan sebuah komuniti yang telah bertapak sejak abad ke-19, membawa bersama bahasa, makanan, adat resam dan semangat gotong-royong yang masih diwarisi sehingga ke hari ini. Inilah kisah komuniti Hakka di Seberang Perai, Pulau Pinang, iaitu sebuah komuniti yang bukan sahaja mencorakkan identiti tempatan, malah menyumbang besar kepada sejarah pembangunan negara.

Pelancongan berasaskan sejarah dan budaya kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Seberang Perai, walaupun sering dilihat sebagai kawasan perindustrian moden, menyimpan permata tersembunyi berupa warisan budaya Hakka yang kaya dan unik. 🚗


Bangunan Pertubuhan Hakka Seberang Perai

🏠 Jejak Penempatan Awal: Dari Berapit ke Machang Bubok

Sejarah komuniti Hakka di Seberang Perai bermula sekitar tahun 1840-an, apabila pendatang dari wilayah Huizhou, Meizhou dan Dapu di China menetap di kawasan seperti Berapit, Bukit Mertajam dan Sungai Lembu. Tarikan utama kawasan ini adalah lokasi strategik berhampiran pelabuhan kecil dan peluang ekonomi dalam bidang pertanian serta perlombongan bijih timah.


📍 Tapak Warisan Bersejarah:

📚 Yik Hok Tong: Tapak Pendidikan Warisan yang Menjadi Asas Sekolah Jit Sin



                                                                      SMJK JIT SIN


Salah satu tempat paling bersejarah yang boleh dikunjungi ialah Yik Hok Tong, sebuah institusi pendidikan awal komuniti Hakka yang menjadi asas kepada Sekolah Jit Sin hari ini. Dibina sekitar akhir abad ke-19, tempat ini mencerminkan keutamaan masyarakat Hakka terhadap pendidikan sebagai asas kejayaan. Kini, tapak ini boleh dijadikan lokasi lawatan pendidikan warisan yang kaya nilai.


🛕 Tokong Hock Teik Cheng: Simbol Kepercayaan dan Gotong-Royong

Tidak lengkap kunjungan pelancongan budaya tanpa singgah ke Tokong Hock Teik Cheng yang dibina sejak tahun 1882. Dibina hasil usaha komuniti Hakka yang membawa batu dari kawasan berpaya, tokong ini menjadi lambang semangat kolektif, keimanan dan ketabahan. Dengan seni bina tradisional yang masih kekal, tokong ini wajar diangkat sebagai salah satu warisan kebangsaan dan destinasi pelancongan spiritual bersejarah. Kalau melawat di Seberang Perai, boleh datang berkunjung di sini ya!


Tokong Hock Teik Cheng

🍡 Cita Rasa Warisan: Hakka Abacus Beads, Lei Cha & Tian Ban

Makanan juga adalah pintu masuk kepada sejarah. Pelancong boleh mencuba makanan tradisional Hakka.


Hakka Abacus Beads – simbol ketekunan dan kejayaan.



Lei Cha – hidangan sihat penuh herba, sayur dan bijian.



Tian Ban – kuih manis yang dimakan ketika sambutan Hari Langit Tertusuk, memperingati dewi Nuwa yang ‘menampal langit’.

😋Jika anda seorang pelancong yang ingin mencari makanan tradisional yang unik, ini adalah makanan-makanan tradisional yang wajib anda nikmati.


🎭 Seni Persembahan dan Perayaan

Komuniti Hakka terkenal dengan Shan Ge iaitu lagu rakyat yang dinyanyikan dalam dialek Hakka serta persembahan singa hijau yang unik dan memukau. Acara seperti Festival Lagu Hakka, Pesta Kuih Bulan dan Hari Langit Tertusuk menjadi tarikan budaya yang meriah dan penuh warna-warni.


Patung Singa Hijau Hakka

👣 Mengalami Budaya Secara Langsung

Kunjungilah tapak warisan, ikuti kelas berbualan Hakka dan sertai acara budaya Hakka yang dianjurkan oleh Pertubuhan Hakka Seberang Perai. Anda bukan sekadar melihat, tetapi merasai sendiri denyut nadi sebuah komuniti yang kaya sejarah dan berjiwa besar.🎉


Kelas Berbualan Hakka 22 Mac 2025 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Hakka Seberang Perai

✨ Datanglah ke Seberang Perai!

Temui HAKKA – Temui Warisan Kita💖
Satu destinasi, seribu cerita. 🌏


🌸Harta Tersembunyi Seberang Perai: Meneroka Dunia Komuniti Hakka

Bayangkan sebuah komuniti yang telah bertapak sejak abad ke-19, membawa bersama bahasa, makanan, adat resam dan semangat gotong-royong yang ...